PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
SHAGESHYEENI
ALEX SASHITHARAN (02DGU17F1119)
MEGALAN
A/L RAJENDIRAN (02DGU17F1104)
NAMA
PENSYARAH : ENCIK MOHD NOOR ZAIDI B MOHD ZAWAWI
SUBJEK
: DUB2012 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK
: PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI – MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
1.1
PENERANGAN BAGI KESIHATAN &
KEBERSIHAN
Setahu
kita,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana
kebersihan merupakan tonggak kehiduapan yang selesa dan harmoni. Apabila kita
membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat tentang
aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.Kebersihan
meliputi hal-hal tersebut seperti kebersihatn badan,kebersihan persekitaran
tempat tinggal,kebersihan makanan,kebersihan pakaian, dan sebagainya.
KEBERSIHAN

1.2 FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN MENJAGA
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN DIRI
KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
• Dapat mengelakkan menjangkiti penyakit berbahaya.
• Kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbukadalam
melakukanperkara yang positif.
• Kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan
kerjaharian tanpa sebarang masalah.
• Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa doktor.
• Kerajaan dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan
danboleh menggunakan wang tersebut untuk pembangunan negara.
• Anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
• Tidak akan mengalami masalah seperti menjangkti
penyakityang akan menangguhkan masa semasa menjalankan sesuatuperkara.
• Dengan tubuh badan yang sihat, anda boleh selalu ke
Negaralain melancong untuk menambahkan pengetahuan anda.
• Anda boleh datang ke sekolah untuk mempelajari pelbagai
ilmupengetahuan.
• Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk
menjalankanpelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
• Mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan
aktivitiriadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.
• Sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sihat akan
lebihmaju, aman dan harmoni.
Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita
dapat hidup selesa dan gembira. Oleh
itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik
mungkin.
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang
kita suka. Sebagai contoh, kita dapat
bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana
dapat melakukan aktiviti yang kita minat.
Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,
kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru
sedang mengajar atau memberikan penerangan.
Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang
penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut
dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak
menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke
sekolah. Jika kita sakit sudah tent u
kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan. Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan
menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.
1.1
LANGKAH LANGKAH MENJAGA KESIHATAN DAN
KESANNYA JIKA KESIHATAN TERGANGGU
ISI-ISI KARANGAN : (LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN
KESIHATAN KITA BAIK)
1. Pengambilan diet yang seimbang – ambil makanan mengikut
keperluan dan tenaga yang akan digunakan – Makanan yang dimakan perlulah
mengikut pyramid makanan – mempunyai pelbagai khasiat dan zat seperti protein,
kanji. Karbohidrat, vitamin dans ebagainya - kita tidak perlu mengambil makanan
berkolestrol tinggi kerana ianya akan ditukarkan menjadi lemak yang menjadi
punca obesiti.
2. Bersenam – membolehkan badan kita sentiasa bergerak –
sistem perpeluhan membuang sisa toksid dari badan - jogging, senam robik,
berbasikal dan sebagainya.
3. Mengamalkan cara hidup sihat – tidak merokok, tidak
meminum minuman beralkohol, menjauhi dadah – bahan yang terkandung adalah bahan
kimia yang boleh merosak sistem organ manusia – kesan mendapat penyakit barah
otak, jantung dan kanser.
4. Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan – dapat mengetahui
penyakit lebih awal dan mudah untuk merawatnya – jika penyakit berada pada
peringkat awal, rawatan segera dapat dilakukan dan mengelakkan daripada
penyakit itu merebak dan sukar diubatai – contohnya penyakit barah, demam
denggi, H1N1 dan sebagainya – rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa.

KESAN JIKA KESIHATAN
DAN KEBERSIHAN TERGANGGU :
1. Emosi dan mental kita terganggu – mereka yang menghidapi
penyakit akan mengalami tekanan perasaan, cepat marah dan murung – tekanan
lebih kuat jika penyakit telah berada pada tahap kronik-hidup menjadi tidak
menentu.
2. Tumpuan terhadap kerja/pelajaran akan menurun – jika kita
sakit - kerja tidak dapat dilakukan dengan sempurna – badan lesu dan tidak
bermaya – produktiviti akan menurun – bagi pelajar, pelajaran mungkin
terganggu.
3. Kos sara hidup meningkat – terpaksa mendapat rawatan di
hospital kerajaan atau swasta – memerlukan perbelanjaan untuk mendpat rawatan
lebih-lebih lagi di hospital swasta.
4. Masa banyak terbuang – terpaksa menggunakan masa untuk
mendapatkan rawatan – menganggu aktiviti harian – menunggu untuk mendapatkan
rawatan – terpaksa berehat di rumah jika mendapat cuti sakit .
Good job 👍👏
ReplyDelete