PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

 AHLI KUMPULAN :

SHAGESHYEENI ALEX SASHITHARAN                         (02DGU17F1119)
MEGALAN A/L RAJENDIRAN                                           (02DGU17F1104)

NAMA PENSYARAH :   ENCIK MOHD NOOR ZAIDI B MOHD ZAWAWI

SUBJEK :  DUB2012 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

TAJUK : PERANAN INDIVIDU TERHADAP DIRI SENDIRI – MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


1.1            PENERANGAN BAGI KESIHATAN & KEBERSIHAN



KESIHATAN

    Setahu kita,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana kebersihan merupakan tonggak kehiduapan yang selesa dan harmoni. Apabila kita membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.Kebersihan meliputi hal-hal tersebut seperti kebersihatn badan,kebersihan persekitaran tempat tinggal,kebersihan makanan,kebersihan pakaian, dan sebagainya.

     




 KEBERSIHAN

    Kesihatan boleh dikatakan sangat mahal harganya dalam kehidupan kita.Badan yang bersih baru boleh melahirkan badan yang sihat. Walaupun kita memiliki segalanya tetapi kita dalam keadaan sakit,segala yang dimiliki oleh kita itu adalah tidak berguna. Oleh demikian,kebersihan badan adalah  penting dan utama kepada kita.Untuk mngekalkan kebersihan badan  perkara-perkara seperti mandi,mengosok gigi,mencuci muka,mengemaskan rambut,mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya adalah perlu dilakukan oleh setiap individu dalam kehidupan kita.Selain itu,kita juga perlu menjaga kebersihan pakaian kita.Pakaian yang kotor akan menimbulkan penyakit seperti penyakit kulit dan gatal-gatal pada pada badan.Oleh itu,kita perlu setiap hari menukar pakaian yang bersih dan mencuci pakaian yang telah kotor.






1.2  FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN DIRI

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
• Dapat mengelakkan menjangkiti penyakit berbahaya.
• Kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbukadalam melakukanperkara yang positif.
• Kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerjaharian tanpa sebarang masalah.
• Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu berjumpa doktor.
• Kerajaan dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan danboleh menggunakan wang tersebut untuk pembangunan negara.
• Anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
• Tidak akan mengalami masalah seperti menjangkti penyakityang akan menangguhkan masa semasa menjalankan sesuatuperkara.
• Dengan tubuh badan yang sihat, anda boleh selalu ke Negaralain melancong untuk menambahkan pengetahuan anda.
• Anda boleh datang ke sekolah untuk mempelajari pelbagai ilmupengetahuan.
• Badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankanpelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.
• Mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktivitiriadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.
• Sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sihat akan lebihmaju, aman dan harmoni.




Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.   Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.  Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
       
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,  kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.   Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.   Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.  Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
           

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan.   Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.


Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.  Jika kita sakit sudah tent u kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.  Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.



1.1            LANGKAH LANGKAH MENJAGA KESIHATAN DAN KESANNYA JIKA KESIHATAN TERGANGGU


ISI-ISI KARANGAN : (LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN KITA BAIK)

1. Pengambilan diet yang seimbang – ambil makanan mengikut keperluan dan tenaga yang akan digunakan – Makanan yang dimakan perlulah mengikut pyramid makanan – mempunyai pelbagai khasiat dan zat seperti protein, kanji. Karbohidrat, vitamin dans ebagainya - kita tidak perlu mengambil makanan berkolestrol tinggi kerana ianya akan ditukarkan menjadi lemak yang menjadi punca obesiti.
2. Bersenam – membolehkan badan kita sentiasa bergerak – sistem perpeluhan membuang sisa toksid dari badan - jogging, senam robik, berbasikal dan sebagainya.
3. Mengamalkan cara hidup sihat – tidak merokok, tidak meminum minuman beralkohol, menjauhi dadah – bahan yang terkandung adalah bahan kimia yang boleh merosak sistem organ manusia – kesan mendapat penyakit barah otak, jantung dan kanser.
4. Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan – dapat mengetahui penyakit lebih awal dan mudah untuk merawatnya – jika penyakit berada pada peringkat awal, rawatan segera dapat dilakukan dan mengelakkan daripada penyakit itu merebak dan sukar diubatai – contohnya penyakit barah, demam denggi, H1N1 dan sebagainya – rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa.







KESAN JIKA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN TERGANGGU :



1. Emosi dan mental kita terganggu – mereka yang menghidapi penyakit akan mengalami tekanan perasaan, cepat marah dan murung – tekanan lebih kuat jika penyakit telah berada pada tahap kronik-hidup menjadi tidak menentu.

2. Tumpuan terhadap kerja/pelajaran akan menurun – jika kita sakit - kerja tidak dapat dilakukan dengan sempurna – badan lesu dan tidak bermaya – produktiviti akan menurun – bagi pelajar, pelajaran mungkin terganggu.

3. Kos sara hidup meningkat – terpaksa mendapat rawatan di hospital kerajaan atau swasta – memerlukan perbelanjaan untuk mendpat rawatan lebih-lebih lagi di hospital swasta.

4. Masa banyak terbuang – terpaksa menggunakan masa untuk mendapatkan rawatan – menganggu aktiviti harian – menunggu untuk mendapatkan rawatan – terpaksa berehat di rumah jika mendapat cuti sakit .

Comments

Post a Comment